Wednesday, September 18, 2013

PERBEZAAN ANTARA SISTEM MAKLUMAT DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


MAKSUD SISTEM MAKLUMAT:
v  Adalah data yang telah diproses melalui computer dan ditukar kepada keluaran  yang sangat berguna kepada pengguna.
v  set komponen yang saling berkaitan untuk menghasilkan data yang berguna kepada pengguna.
v  merupakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian, penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan di dalam proses membuat keputusan.
v  Ia juga berasaskan satu pengubahan data bagi menyediakan bantuan analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan.

FUNGSI SISTEM MAKLUMAT:
Ø  merekod dan menyimpan maklumat pelanggan.
Ø  menyebarkan maklumat.
Ø  menganalisa sesuatu masalah umpama penyakit, markah dan sebagainya.
Ø  menyokong aktiviti perniagaan seperti merekod pembelian, jualan dan mengawal inventori.
Ø   membantu membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
Ø  menolong pengurus mencari alternatif untuk persaingan yang sihat.

MAKSUD TEKNOLOGI MAKLUMAT:


v  ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
v  Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

v  Berfungsi untuk mengubah,menyimpan,melindungi,memproses,memindah, melihat,dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

 FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT:
Ø  alat bantu bagi pengguna (pelajar) untuk membantu pembelajaran.
Ø  berfungsi sebagai ilmu pengetahuan.



No comments:

Post a Comment